Ahad, 12 April 2009

Server web da OK

11 Apr. Hari ni la ati aku rasa sedap sikit sebab server kolej da OK :D . Kalu tak tension manjang... Leh la aku wat keje lain daripada melayan server tu.

Ari ni macam minggu lepas, aku temankan bini aku pi UM; Tapi kali ni aku bawak mak aku skali. Dalam dok menunggu bini aku (dia exam bahasa), aku bawak mak aku jalan-jalan kat Bangsar. Sempat la merasa goreng pisang dan keledek Bangsar 3 keping RM1! Mahalnya !!!

Pas puas menyoping (beli sikit je...) aku ngan mak aku balik UM, singgah mengopi sambil tunggu jam kul 6. Bini aku merungut exam susah :(( Sian dia. Oleh kerana aku pening, aku serahkan tugas 'anchor' pada bini aku; Leh la aku rilek-rilek sambil baca majalah yang aku beli tadi dan biar bini aku borak ngan mak sambil belajar memandu :))

Apa yang best ari ni? Hmmm...



  • Mak aku beli bedak dapat diskaun.. ??? Selambe je mak aku mintak diskaun :)) Kena blaja ni

  • Bini aku mmg cekap memandu. Aku ni je rupanya yang suka membebel :))

  • Alamak, ada budak UM lain yang beli beg laptop sama ngan aku (minggu lepas)! Kantoi2x

  • Pisang mahal kat Bangsar :((

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen :D