Rabu, 1 Julai 2009

Forum kefahaman Poligami


Malam tadi aku sempat singgah ke Masjid Ma'muriah, Sg. Besar atas jemputan Forum Kefahaman POLIGAMI. 3 orang panel dengan 3 latar profession berbeza telah dijemput; seorang pegawai JAKIM (ada 2 isteri), seorang doktor (juga 2 isteri), dan seorang pendaftar nikah (hakim kut...) dari JAIS. Pelbagai isu dibincangkan tak kurang isu-isu hangat yang biasa kita dengar. Ini la rumusan aku dari ceramah semalam:

  • Boleh berpoligami (ada 3 hukum - sunat jika mampu, makruh, dan haram jika tak mampu)
  • Mampu dikira dari 3 aspek dengan formula 'RAS' - beRAS (ada harta), waRAS (berakal), dan keRAS (nafkah batin).
  • Pernikahan yang guna cara 'alternatif' (nikah lari di SIAM, guna sidiket) difatwa HARAM kerana tak guna pegawai negeri yang dilantik Sultan/Raja - ketua agama di Malaysia.
  • TIDAK BOLEH nikah di negeri lain (calon isteri/suami orang Selangor, nikah di Kelantan) . Ya ka?
  • Ada 2 pepatah berkenaan poligami yang menarik; versi P. Ramle - 1 banyak, 2 sedikit-sedikit, 3 jarang-jarang, 4 kadang-kadang & versi Banjar - 1 belajar, 2 belajar-belajar, 3 baru belajar, 4 baru Banjar, 5 kurang ajar...
  • Proses permohonan poligami memang mengambil masa kerana kekurangan staf dan prosedur yang memakan masa.
  • Isteri pertama perlu hadir ke Mahkamah untuk memberikan persetujuan dan bukan sekadar tandatangan borang (macam kat drama).
  • Nikahlah mengikut peraturan jika tak mahu timbul masalah perwarisan harta pada isteri terutamanya pada isteri yang baru (tidak diiktiraf).
  • Ikut sunnah, beri setiap isteri rumah berasingan untuk mengelakkan fitnah. Tak pasal2 nanti perang pulak. Kena la mampu dulu...
Hm... Susah sebenarnya Poligami ni. Nikmatnya sikit, susahnya banyak (kalu x jaga betul2). Pesan ahli panel tu lagi... kena buat paperwork dulu sebelum berPoligami. Jaga niat untuk ibadah (sebab sorang panel tu mmg kawin ngan janda 7 anak!). Jika ikhlas... InsyaAllah keluarga akan dijaga Allah dan dapat kebahagian di dunia dan akhirat (Payung Emas untuk isteri pertama di akhirat nanti). Aku rasa payung mas yang dijanjikan untuk isteri pertama sbg balasan tu mmg simbolik. Bila kita (isteri) membenarkan suami mengahwini wanita lain (janda dan andartu terutamanya), sebenarnya kita melindungi saudara kita tu dari dizalimi atau tertindas ibarat kita memayunginya dari bahana di dunia... Indahnya Islam.

"Hidup selamba tapi beriman"

Khamis, 28 Mei 2009

Budak India yang hebat!

Siang tadi aku sempat jumpa membe lama masa solat kat masjid. Takkan la nak borak kat masjid kan... jadi kitorang lepak kat warung jap. Biasala... borak hal2 dunia :))

Dia sempat sentuh hati aku ngan cerita dia yang baru-baru ni je berlaku. Aku kongsi ni sebab aku rasa cerita ni... hm, banyak maknanya...
"Manusia ni fitrahnya nak berTuhan... Percaya adanya Tuhan..." Dia pun mula la bercerita...

"Aku baru-baru tadi pegi cuci kete kat car wash... sempat beborak ngan sorang budak India yang keje kat situ..." kata kawan aku tu. Dalam borak-borak tu, sempat budak India tu buka cerita sensasi... "Encik, saya nak tanya sikit. Encik perasan tak kat depan xxx tu banyak lori berhenti lepas waktu tengah malam?" "Eh, aa aah. Biasa la tu, depa letih bawak lori la tu.." kata kawan aku. "Saya, encik aaa... nak bagitau ni. Depa semua tu berhenti buka saja-saja... Ada orang tunggu!" kata budak India tu. "Ada orang-orang 'lembut' sudah tunggu" sambung budak tu lagi. "Eh, ko biar betul... Engkau tengok sendiri ke?" tempelak membe aku yang jadi tertanya2. "Betul... saya sendiri ada tegur!" jawab budak tu.

"Eh, U tak takut Tuhan Allah marah ka buat keja-keja ni?" kata budak tu. "Tapi itu orang (lembut) jawab balik... Mana ada Tuhan Allah marah. Kan manusia perlukan 'benda' ni..." sambung budak tu. "Mana boleh Tuhan Allah tada marah U buat keja tak baik!" jawab budak India tu balik.

"Aku kan, rasa malu ngan budak India tu..." kata kawan aku. "Budak bukan Islam pulak dakwah budak Islam tu supaya takut Tuhan Allah!" kawan aku menyambung kata-katanya sambil menghirup air di gelasnya.

Rasanya cukup la aku berhenti kat sini je cerita ni. Kesimpulannya:

  • Betul... fitrah manusia (xkira bangsa, usia) percaya adanya Tuhan, ingin berTuhan, percaya ada kuasa terhebat yang membela manusia.
  • Budak 'lembut' yang diceritakan tu budak Melayu Islam.
  • Tak kurang 1 pemandu lori yang berhenti pada tiap malam tu berzina/sodom ngan abang2 'lembut' tu.
  • Budak India tu memang hebat! Aku pun tak berani cam dia. Entah iman dia lagi tinggi agaknya...
Kalau kita sendiri tak jaga bangsa atau agama kita, kita nak harapkan siapa? Budak India tu? Dia tu mungkin 1 dalam 1000. Aku paling risau pasal anak aku yang bakal lahir tak lama lagi. Boleh ke aku didik dia?

Rabu, 13 Mei 2009

Nilai 1 markah...

Sori... Lama aku xupdate blog ni sebab sibuk adjust web kolej :P

Ni la serba sikit ringkasan peristiwa sejak aku pi training kat Sentul ari tuh dan gi final Myskills 2009 kat ILP Jugra:







  • Training sendiri banyak membantu dari segi design 'Table less Design'. Aku blaja dari Youtube :D . Tutorial tu yg asalnya dari 'tutvid.com' mmg ok dan banyak menolong aku faham teori dan teknik tag DIV! Pergh... cam xcaya aku guna 100% DIV dalam Myskills! Tahniah2 :))
  • Aku kantoi dari 2 segi: Flash Animation untuk banner web & Interactive (easy) Link untuk pautan :P
  • Beza markah aku ngan pemenang no.1 Website tu cuma 1 markah !
Apa ada pada 1 markah?

  • Aku xdapat gangsa. Membe aku tu dapat gangsa.
  • Aku dapat RM500. Membe aku tu dapat RM3K

Tapi aku mmg puas hati la... Xsangka sebab dapat final. Xsangka beza aku ngan yg No.1 tu 1 markah je :)) Apa2hal, kalu mood aku baik... tahun depan aku cuba lagi Myskills 2010 :P

Khamis, 16 April 2009

Training MySkills - WebDesign

Hari ni la bermulanya training aku (yg pertama pun :P ) untuk web design. Terus terang aku leh kata, memang xcover (xcukup aka buang masa) training ni; Sebab pertandingan dah dekat sangat!!! Yang ngaja pun trainer luar...

Tapi sebab semua di'cover', aku ok jek... Tapi sape tau, ada benda-benda baru yang leh aku guna nanti :D


Aku bangun sebelum subuh, sebab tumpang driver nak mai KL... takut sesat! Abis meeting kat Mines, aku menuju destinasi training -> Dynasty KL. Ceh... Tempat aku selalu lalu masa belajar dulu cari spare part & repair moto!

Selasa, 14 April 2009

Melepak di Genting


Ni da hari ke-2 aku kat Genting, Mesyuarat Kerja MySkills + Motovasi. OK gak sebab dapat tip-tip 'maut' dari ketua hakim - en Jai. 'Maut' sebab aku kena guna 'script' yg aku tak biasa guna:


  • Table-les design - guna DIV
  • Masukkan PHP Include file dan PHP Class (oop - object oriented programming)

Esok last... leh la balik jap jumpa mak ngan bini aku :D . Isk, ingatkan pas balik nak melepak tapi tepaksa kensel la; Aku kena gi re-Training. Kensel la lagi kelas aku :(( (2 minggu bebudak tu enjoy).


Aku nyer tournament 23-25 April ni. Harap-harap dapat wat yg terbaik (baca cam Ally...) la! Tahun lepas aku dapat no. corot, jadi aku da pun berjaya baiki ranking aku :)) . Entah apa la khabar bini aku yang lama ditinggalkan :P

Ahad, 12 April 2009

Server web da OK

11 Apr. Hari ni la ati aku rasa sedap sikit sebab server kolej da OK :D . Kalu tak tension manjang... Leh la aku wat keje lain daripada melayan server tu.

Ari ni macam minggu lepas, aku temankan bini aku pi UM; Tapi kali ni aku bawak mak aku skali. Dalam dok menunggu bini aku (dia exam bahasa), aku bawak mak aku jalan-jalan kat Bangsar. Sempat la merasa goreng pisang dan keledek Bangsar 3 keping RM1! Mahalnya !!!

Pas puas menyoping (beli sikit je...) aku ngan mak aku balik UM, singgah mengopi sambil tunggu jam kul 6. Bini aku merungut exam susah :(( Sian dia. Oleh kerana aku pening, aku serahkan tugas 'anchor' pada bini aku; Leh la aku rilek-rilek sambil baca majalah yang aku beli tadi dan biar bini aku borak ngan mak sambil belajar memandu :))

Apa yang best ari ni? Hmmm...



  • Mak aku beli bedak dapat diskaun.. ??? Selambe je mak aku mintak diskaun :)) Kena blaja ni

  • Bini aku mmg cekap memandu. Aku ni je rupanya yang suka membebel :))

  • Alamak, ada budak UM lain yang beli beg laptop sama ngan aku (minggu lepas)! Kantoi2x

  • Pisang mahal kat Bangsar :((

Jumaat, 10 April 2009

Sah Pakatan menang!















7 Apr. Kebetulan masa nak balik dari Penang tu, aku terserempak ngan kawasan pilihanraya Bukit Selambau (Kedah) dan Bukit Gantang (Perak).

Ada beberapa fakta yang menarik nak aku kongsikan:
  • Poster/banner parti paling banyak (BN menang sikit)
  • Saiz bendera terbesar (PAS menang)
  • Kete kena tahan polis (PKR - bawak replika mayat gambar Altantuya :)) )
  • Kete kena eskot (BN)
  • Maki hamun (Makcik 'Biru' - siap aku yang kebetulan tumpang lalu je pun kena :P )
  • Paling banyak Senyum (paraih undi 'Hijau')
  • Peraih undi paling ramai (PAS)
  • Kete paling banyak tampal poster + pasang bendera (PAS)

Hm... Dah mmg boleh agak sape menang kat 2 tempat tu...

Khamis, 9 April 2009

Makan di RFC Sg. Petani



7 Apr. Sebelum aku balik (dari Penang), sempat la jugak aku menjenguk ke negeri Kedah. Bukan apa... sebab nak merasa RFC (KFC Melayu). RFC aka Radix Fried Chicken ni sebenarnya syarikat di bawah HPA. Bukan apa... nak test, sama ke kualiti ngan KFC?

Pergh... mmg setaraf la (hampir dari segi perkhidmatan). Rasa pun agak-agak sama (Spicy dan Herbs). Tapi... ada satu perbezaan; Rasa tenang dan bersyukur.

Tenang sebab Radix guna ayam Organik (bukan ayam injek :)) ). Bersyukur sebab HPA ni 100% milik orang Islam! Bukan la aku anti non-muslim... cuma kita lebih yakin kalu guna produk org Islam.

Yang sedihnya, on d way balik aku terpaksa singgah Penang sebab jeruk yang aku beli kelmarin tertinggal :((

Mesyuarat di Penang

Pada 6 April lepas, aku kena gi Penang. Cam biasa la mesyuarat. Pergh... Mmg la musim pilihanraya... Kebetulan lak aku lalu kat Changkat Jering (awat nama dia lagu tu?) sebagai jalan short-cut (sebenarnya nak elak tol :)) ).


Jenuh mencari venu mesyuarat tu, alhamdulillah jumpa la jugak. Yang menariknya, aku tanya cleaner kat Petronas, dia bagi navigasi cam GPS -> tepat (siap landmark :D). Tq pakcik... Mmg la orang kenal tempat mesyuarat tu :))


Chaist... aku ingat abis cepat la, buleh la ronda2. Abis je meeting kul 5pm (letihnya...), aku terus telepon membe, ajak minum. Yess!! Dapat aku numpang rumah dia malam tu. Jimat2x...


Sebenarnya, aku nak crite pengalaman menarik aku kat Penang tu (Kepala Batas).


Siapa sangka masjid ada WiFi? Pergh... aku respek gile kat masjid kat Penang ni... Aku diberitahu masjig yang aku singgah masa Zohor tu asalnya surau yang dinaik taraf... Bayangkan la, seminggu leh kutip >RM2k ! Memang patut la dijadikan masjid. Tapi siap ada WiFi tu yang tak tahan! Kehkeh... Leh cek email. Venu meeting aku tu internet down pulak :((


Malam tu aku, Mr A (membe aku tu), Mr S (membe setaman) & Mr X (lupa apa nama) pi ronda2 kawasan Kepala Batas. Sempat la aku beli jeruk untuk bini aku (aku yang teringin :P). Pusing punya pusing membe aku melencong ke rumah kenalan, Pak Li. Pelik gak, apasal membe aku suh bawak Jeruk dan bagi pada Pak Li...?


Baru la aku tau... Pak Li ni pengamal perubatan alternatif. Membe2 ni nak berubat rupanya. Kat sini la aku kenali Pak Li yang aku anggap mmg bukan org sembarangan. Banyak barang-barang menarik (lama) kat rumah Pak Li yang digantung dan dipamerkan. Aku ingat dia ni bekas askar la... Sebelum kitorang beredar, sempat Pak Li pesan aku... Jangan nilai orang dengan sekali pandang je. Isk2x, terasa2x...

Sabtu, 4 April 2009

Menunggu Kekasih :)


Hari ni aku ikut (temankan) bini aku gi UM. Biasala... PJJ. Bini aku wat Master (aku ni bila la agaknya :(( )

Dalam dok nunggu tu, ada la satu kiosk bergerak kat parking library. Ingatkan jual makanan, rupanya jual peripheral komputer :-o . Terbeli la pulak beg komputer. Kononnya nak kasi hadiah la pada bini aku... (padahal aku pun teringain gak :)) )

Frust tul aku sebab web kolej da lebih seminggu down. Aku syak server ISA la yg problem. AKu musykil gak... apasal www server guna ip lain macam? Entah hape2. Serabut tul configuration server, tak tau la sape punya keje :P Harap2 minggu depan leh la setel...

Tribute pertama untuk 2009


Ini la tribute pertama aku untuk tahun 2009 ni. dah lama betul aku menyepi dari dunia blog. Biasa la... sibuk (alasan...).

Banyak gak perkara yg da belaku sejak aku tinggalkan kegiatan blog. Hujung tahun lepas: aku da jadi laki orang, potongan gaji da meningkat lebih RM1K, aku da tuka jenama kete, KWSP aku 'lesap' :(( (huwa...).

Awal tahun ni gak la aku da buat beberapa perkara yg leh kira berpaedah gak la: finalis MySkills2009 untuk web design, siapkan web ipt aku, train future web programmer/designer... dan xtau la apa yg mendatang...

Aku ingat tahun ni aku nak promo produk Muslim -> HPA. Bukan sebab nak kaya, cuma masa aku datang talk dia ari tuh... tersentuh gak la isu halal/haram ni. Isk... Jom pakat guna produk MUSLIM :D